MUTIARA HADITH::::
Dari Abu Sa'id bin Abi Fadhalah, ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Apabila Allah Taala menghimpunkan manusia pada hari qiamat - pada hari yang tidak ada sebarang syak tentang tetap berlakunya, - (pada hari itu) menyerulah malaikat penyeru: 'Sesiapa mempersekutukan (Allah dengan) mana-mana makhluk dalam sebarang amal yang dikerjakannya kerana Allah, maka hendaklah ia meminta pahalanya daripada yang lain dari Allah, kerana sesungguhnya Allah Taala tidak menerima sama sekali akan sebarang amal yang dipersekutukan Dia dengan makhluk yang lain." (Tirmizi)